Monday 15 July 2013

Apa Itu Zaman Paleolitik ?

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. 

Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :


  • Kapak Genggam
  • Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
  • Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
  • Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat

Ciri-Ciri Penempatan

  • Manusia mengamalkan hidup secara berpindah randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad
  • Mereka juga hidup di dalam gua dan sekitar tasik

Kegiatan Dan Peralatan

  • Kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
  • Manusia zaman paleolitik juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Selain itu, mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

Kepercayaan 

  • Mereka mengamalkan kepercayaan animisme 
  • Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. 
  • Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu.
  • Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.
Lokasi Di Malaysia
  • Kota Tampan, Perak
  • Bukit Jawa, Perak
  • Gua Niah, Sarawak 
  • Tingkayu, Sabah

No comments:

Post a Comment