Monday, 1 July 2013

ZAMAN PRA SEJARAH DI MALAYSIA



  • Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. 
  • Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala bagi masyarakat yanng mundur maka zaman mereka akan lebih panjang. 
  • Zaman Pra Sejarah juga bermaksud zaman di mana manusia masih belum mengenali sistem tulisan.
  • Walau bagaimanapun, Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat Zaman Mesolitik oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

No comments:

Post a Comment