1. Apakah maksud zaman paleolitik ?
2. Dimanakah penempatan zaman paleolitik yang tertua di Malaysia ?
3. Apakah maksud zaman neolitik ?
4. Dimanakah penempatan zaman neolitik yang tertua di Malaysia ?
5. Apakah maksud zaman logam ?
6. Dimanakah penempatan zaman logam yang tertua di Malaysia ?
JOM BELAJAR SEJARAH !
Monday, 19 August 2013
Friday, 9 August 2013
Apa Itu Zaman Logam ?
Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi.
Ciri-Ciri Penempatan
- Suka hidup secara menetap di satu tempat
- Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
- Mempunyai adat resam
Kegiatan Utama
- Bercucuk tanam
- Menangkap dan menternak binatang
- Berburu
- Berdagang secara bertukar barang
Kepercayaan
- Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
- Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
- Sungai Tembeling, Pahang
- Gua Harimau, Perak
- Chankat Menteri, Perak
Apa Itu Zaman Neolitik ?
Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.
Masyarakat Zaman Neolitik mengamalkan kepercayaan Animisme
Ciri-Ciri Penempatan
- Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
- Membuat pembahagian kerja
- Wujud sistem bermasyarakat
- Mempunyai seorang ketua
Kegiatan Utama
- Bercucuk tanam
- Menangkap ikan
- Menternak binatang
- Berburu
- Memungut hasil hutan
- Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
Peralatan
- Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
- Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga
Lokasi Di Malaysia
- Gua Cha, Kelantan
- Bukit tengkorak, Sabah
Monday, 15 July 2013
Apa Itu Zaman Paleolitik ?
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
- Kapak Genggam
- Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
- Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
- Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat
Ciri-Ciri Penempatan
- Manusia mengamalkan hidup secara berpindah randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad
- Mereka juga hidup di dalam gua dan sekitar tasik
Kegiatan Dan Peralatan
- Kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
- Manusia zaman paleolitik juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Selain itu, mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Kepercayaan
- Mereka mengamalkan kepercayaan animisme
- Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati.
- Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu.
- Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.
Lokasi Di Malaysia
- Kota Tampan, Perak
- Bukit Jawa, Perak
- Gua Niah, Sarawak
- Tingkayu, Sabah
Monday, 1 July 2013
ZAMAN PRA SEJARAH DI MALAYSIA
- Zaman perkembangan prasejarah dunia terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.
- Tempoh bagi sesuatu zaman itu bergantung kepada tahap kemajuan masyarakat pada zaman itu. Sekiranya masyarakat itu mencapai kemajuan yang cepat maka zaman mereka akan singkat manakala bagi masyarakat yanng mundur maka zaman mereka akan lebih panjang.
- Zaman Pra Sejarah juga bermaksud zaman di mana manusia masih belum mengenali sistem tulisan.
- Walau bagaimanapun, Zaman Mesolitik tidak terdapat di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh Pusat Zaman Mesolitik oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. Perkara ini berlaku adalah kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.
Subscribe to:
Posts (Atom)